Koleksi 5 Resepi Kek Coklat Kukus

Kek Coklat Kukus antara resepi yang paling dicari di Google pada tahun 2017.  Tidak hairanlah kerana Kek Coklat  adalah salah satu jenis kek yang paling mudah dibuat sendiri di rumah. Bahan-bahannya pula murah dan senang didapati dan tidak memerlukan peralatan mahal.

Di sini saya akan kongsikan beberapa Resepi Kek Coklat Kukus yang telah berjaya dikongsikan oleh rakan-rakan Blog.

Resepi Kek Coklat Kukus 1: Dikongsikan oleh Blogger https://cikmatahariku.blogspot.my/
Bolehlah rujuk Blog beliau untuk mengetahui kaedah pembuatan kek coklat kukus.
Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus adalah Menggunakan sukatan cawan
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla

Resepi Kek Coklat Kukus 2: Dikongsikan oleh Blogger http://inibelogcikgusuraya.blogspot.my/




Bolehlah rujuk Blog beliau untuk mengetahui cara pembuatan kek coklat kukus lembab.

Bahan2 yang beliau gunakan untuk kek coklat kukus adalah seperti berikut; 

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun )
· 1 cawan gula pasir
· 1 cawan susu cair
· 1 cawan minyak masak
· 1/2 cawan susu pekat
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum
· 1 sudu teh bikarbonat
· 1 sudu teh baking powder
· 1 sudu teh esen vanilla
· 3 biji telur (suhu bilik)

Resepi Kek Coklat Kukus 3: Dikongsikan oleh Blogger  http://husnafirdausadam.blogspot.my/




Bahan-bahan yang telah digunakan adalah seperti di bawah. Boleh kunjungi ke Blog beliau untuk mempelajari kaedah membuatnya. Sangat mudah dan lebih senang.

Bahan A

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula

Bahan B

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Resepi Kek Coklat Kukus 4: Dikongsikan oleh Blogger http://notachentamummy.blogspot.my

Resepi ini lebih banyak bahan-bahannya dan lebih menarik untuk dicuba. Ingin tahu cara penyediaannya, silalah berkunjung ke Blog tuan empunya.

Bahan A 
 
1 Cawan Susu Cair ( mummy pakai mug je sukat)
1 Cawan air
1 Cawan mentega Cair ( mummy panaskan dulu bagi cair – pakai 1/2 butter 250gm tu)
2 Cawan Gula Perang
Bahan B ( Kacau bagi rata dan ayak )
 
2 Cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 Sudu Teh Baking powder
1 Sudu Teh Soda Bikarbonat
Bahan C ( Dikacau rata bagi sebati)
 
1 Biji Telur
1 Sudu Teh Esen Vanilla
Topping Coklat ( Double boil)
 
1 Cawan Susu Pekat
2 Sudu makan serbuk koko
2 Sudu makan mentega
atau
1 Peket Coklat  cadbury / Van Houten dll ( Cairkan)
Resepi Kek Coklat Kukus 5: Dikongsikan oleh Blogger http://yatiememories.blogspot.my/
Cara Penyediaan lebih simple berbanding resepi sebelum ini. Nak belajar cara pembuatan kek ini silalah klik Blog di atas ni..




Bahan A :

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak-Yatie guna butter cair
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe – resepi asal xde

Bahan B – di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C :

  • 4 biji telur – diblender (Yatie pkl sebati guna whisk je)




Coklat dan Khasiatnya

Coklat kaya dengan anti oksidan seperti ‘catechins’ dan ‘pfenols’. id membdntu mencegah sakit jantung dan kanser. Coklat hitam mempunyai empat kali kqdar ‘catechins’ dan ‘phenols’ berbanding teh. ‘Phenols’ dapat melindungi; daripada serangan sakit jantung.

Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-set dan DNA daripada radikai bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat. Coklat TIDak mengemukkan tetapi makanlah dalam kadar yang sederhana.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sAkiT kepala boleh memakannya tanpa perlu risau.

Coklat mengeluarkan endorfin yang membuatkan kita rasa gembira. Makan coklat boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Coklat juga dikatakan mampu menenangkan anda ketika stress.