Sejarah Kek Coklat

Sebelum Kek Coklat tercipta, eloklah kita ketahui serba sedikit sejarah atau Asal usuk Kek. Kek adalah sejenis kuih yang menggunakan bahan utama iaitu tepung (terutamanya tepung gandum), gula dan telur. Kuih dan kek biasanya dimasak dengan cara membakarnya di dalam ketuhar. Walaupun ada juga beberapa jenis kuih kek yang dikukus, contohnya kek kukus atau brownies kukus. Kek yang dihias dengan lapisan aising yang di- perbuat daripada krim mentega atau boieh juga dihias dengan fondant atau marzipan yang disebut lapisan kek.

Kek berhias atau tanpa hiasan digunakan sebagai makanan pencuci mulut atau hidangan istimewa terutamanya untuk majlis perkahwinan atau majlis ulang tahun. Dalam majlis perkawinan ala barat dan majlis ulang tahun, upacara memotong kek merupakan salah satu acara yang paling utama. Jika di Malaysia, biasanya pulut kuning tapi berbeza pula di Indonesia, di sana mereka meraikan dengan hidangan nasi tumpeng yang menggantikan kek sebagai hidangan istimewa dalam apa sahaja majlis peringatan.

Kek yang bersaiz besar dengan mempunyai bentuk segiempat atau bulatan yang perlu dipotong- potong ketika mahu dijual atau dihidangkan. Manakala kek gulung dan berintikan krim mentega atau jem pula biasanya di sebut kek gulung (roll cake). Ada pelbagai jenis puding juga menggunakan bahan utama seperti mana kek yang diletakkan di bahagian lapisan bawah loyang sebelum dicurahkan dengan agar-agar.

Teknik Membuatnya
Penggunaan alat pembancuh adunan (mixer) digunakan untuk memukul telur atau mentega bersama gula hingga kembang. Gelembung udara di dalam adunan akan membuatkan kek menjadi bertambah lembut dan gebu. Penambahan bahan lemak tepu dalam bentuk mentega, marjerin, santan atau shortening (lemak sayuran) ke dalam adunan akan membuatkan tekstur kek menjadi bertambah lembut. Bahan kimia untuk membantu kek bertambah kembang seperti soda bikarbonat, serbuk penaik, penstabil kek (krim tartar) dan ovalet (pemantap kek) sering dicampurkan ke dalam adunan untuk hasil kek yang lebih baik.

Campuran tepung kek segera (cake mix) menawarkan kemudahan dalam pembuatan kek dan mengurangkan kemungkinan kek menjadi tidak sempurna. Salah satu kaedah ialah dengan mencipta tepung kek yang sedia guna dan boleh didapati dari mana-mana pasaraya dan kedai-kedai yang menjualnya.

Sumber : Majalah Sedap ( Bil 8, 2009)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *